fb fb fb fb fb

Kerajaan komited tingkatkan pemerkasaan golongan wanita - PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Pelbagai perkara perlu ditambah baik dan diteliti berkaitan wanita bagi menangani sebarang isu berkaitan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuklah kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh di negara yang masih rendah.

Katanya, penyertaan wanita dalam sektor tenaga buruh hanya 55.5% tahun lalu.

"Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Singapura sebanyak 69.7% dan Thailand sebanyak 66.8%.

Kadar enrolmen wanita dalam semua peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah atau tertiari adalah tinggi tetapi bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh, penglibatan wanita adalah rendah," kata Ismail Sabri berucap dalam Majlis Sambutan Hari Wanita ke-60 di Dewan Perdana FELDA, di ibu negara, hari ini.

Ke arah itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) bersetuju mewujudkan Gender Focal Poin dan Gender Focal Team di setiap kementerian dan agensi sebagai usaha mengarus perdana gender dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis
Sambutan Hari Wanita ke-60 di Dewan Perdana FELDA, di ibu negara)

Media Baharu