fb fb fb fb fb

Ideologi mengelirukan ancam akidah, tenaga pengajar perlu beri kefahaman jelas

KANGAR, 25 Ogos- Umat Islam kini berhadapan pelbagai cabaran yang memerlukan pendekatan berhikmah dalam menanganinya.

Antaranya, penularan ideologi dan kefahaman yang mengelirukan sekali gus mengancam akidah.

Ini memerlukan usaha yang mantap secara berterusan oleh pelbagai pihak bagi menangkisnya.

Menurut Exco Perlis, Ruzaini Rais, dalam menyemarakkan kefahaman lebih mendalam, guru yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis terdiri guru KAFA, guru Sekolah Agama Petang Perlis, Tadika Islam dan sebagainya perlu memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.

"Kita bersikap terbuka pada semua aliran-aliran yang contohnya adalah berhubung dengan sesetengah penceramah-penceramah yang mengaku bahawa dia pegangan ahli sunnah wal jama’ah tapi bertentangan juga dengan ahli sunnah itu sendiri,yang mana kalau kita lihat hadis-hadis yang dibacakan itu hadis-hadis yang tidak sahih, hadis yang palsu yang diceritakan dalam kuliah-kuliah. Jadi benda ini yang kerajaan negeri harus ambil langkah untuk memantapkan lagi pegangan ahli sunnah wal jama’ah yang dikatakan mengikut al quran dan hadis serta para-para sahabat nabi," katanya.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Perasmian Seminar Membela Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah peringkat negeri Perlis di Institut Latihan Perindustrian Kangar.

Bersempena seminar ini, ucaptama bertajuk “Membela Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah disampaikan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


(Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan ucaptama seminar)

Manakala ceramah bertajuk “Penglipurlara Ajaib dan Pengikut Yang Merosakkan Akidah disampaikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs, Mohd Rizal Azizan.

Seminar disertai 100 peserta terdiri daripada guru KAFA dan guru agama seluruh Perlis.

Media Baharu