fb fb fb fb fb

Projek tingkat capaian internet TABIKA dijangka bermula hujung tahun ini

SERDANG, 25 OGOS- Fasa satu projek peningkatan capaian liputan internet membabitkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara bakal dilaksana selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) dan kini hanya menunggu kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF).

"Kita sedang menunggu daripada Kementerian Kewangan untuk sesi libat urus dan saya ingat kita akan dapat pada awal bulan September.

Pertemuan itu untuk kita lihat bajet yang membolehkan kita melaksanakan projek tersebut," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

(Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar)

Tambah Datuk Seri Mahdzir, sesi libat urus bersama MOF dilaksana bagi membincangkan mengenai peruntukan dan cara pelaksanaan projek berkenaan yang membabitkan 11,000 TABIKA KEMAS di seluruh negara.

Media Baharu