fb fb fb fb fb

CUEPACS harap PM umumkan berita gembira buat penjawat awam

(Presiden CUEPACS,  Datuk Adnan Mat)

KUANTAN, 25 Ogos- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap Perdana Menteri dapat mengumumkan beberapa tuntutannya, 30 Ogos ini.

Antara tuntutan itu adalah kenaikan gaji minimum, elaun tambahan, dua kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan memperkenalkan sistem saraan yang baharu bagi penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, CUEPACS memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan namun ia juga perlu mengambil keadaan ekonomi semasa yang semakin menghimpit penjawat awam selari dengan sasaran kerajaan menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan namun ia juga perlu mengambil keadaan ekonomi semasa yang semakin menghimpit penjawat awam selari dengan sasaran kerajaan menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Katanya, tuntutan itu wajar memandangkan penjawat awam berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan menangani wabak COVID-19 selain membantu kerajaan melicinkan pentadbiran ketika berlaku perubahan kerajaan.

Penjawat awam turut ke hadapan membantu kerajaan dan rakyat yang ditimpa musibah ketika berlaku bencana.

"Jadi justeru itu, kami juga menyeru kepada anggota perkhidmatam awam di luar sana untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik walau apa pengumuman kerajaan kami tetap meneruskan perkhidmatan sepeti biasa dan kami tahu kerajaan ada kekangan dari segi kewangan kami bukan begitu ekstrem tuntutan ini sebaliknya melihat konteks kebajikan yang ditunaikan oleh pihak kerajaan. Itulah harapan kami," katanya.

Datuk Adnan berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


(Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang di Kuantan)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Kuantan.

Wan Rosdy pula berkata, seandainya hasil pelaburan di Pahang mencecah RM1 bilion, kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri itu bakal menikmati bonus tahun hadapan melebihi bonus tahun ini.

Tahun ini, penjawat awam di Pahang menerima insentif khas sebanyak RM1,200 setiap seorang dan bantuan khas Aidilfitri dengan jumlah yang sama.

Media Baharu