fb fb fb fb fb

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini.

"Berdasarkan amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," menurut MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

TETITIA YUSOFF