fb fb fb fb fb

Tribunal Antigangguan Seksual mudahkan proses tuntutan mangsa

Tribunal TAGS beri peluang kepada mangsa ambil tindakan terhadap pelaku/Foto UKK KPWKM

SIBU, 12 Januari - Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS), yang beroperasi sejak 8 Mac lepas, menawarkan alternatif kos rendah dan pantas untuk menangani aduan gangguan seksual.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, tribunal ini memberi peluang kepada mangsa untuk mengambil tindakan terhadap pelaku bagi mendapatkan tebus rugi atas kerugian yang dialami.

Dedahnya, pada tahun lepas, 28 kes telah difailkan, dengan 10 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata, gangguan seksual ialah perlakuan bersifat subjektif, boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, bangsa, atau agama, dan menimbulkan rasa tidak selesa atau ancaman kepada mangsa.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes gangguan seksual, dengan 666 kes dilaporkan sehingga Oktober tahun lalu, berbanding 529 kes pada tahun 2023.

Beliau berucap pada Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Dewan Komuniti Sibujaya.

Beliau berharap berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu tersebut.

Beliau juga menegaskan kepentingan membendung isu ini dari peringkat awal kerana ia boleh mencetuskan masalah yang lebih serius, termasuk keganasan terhadap wanita, yang menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

GRACE AISYAH KEDAYAN