fb fb fb fb fb

MOSTI seru syarikat penyedia teknologi labur di Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan lebih banyak pelaburan daripada syarikat penyedia teknologi di negara ini dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital serantau.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, usaha itu dapat memanfaatkan kemahiran dan keupayaan bakat tempatan.

"Sebagai contoh, peneraju global dalam dunia pengkomputeran awan, syarikat Alibaba Cloud telah berjaya menubuhkan dua pusat data tempatan.

Mereka mempunyai pasukan yang kukuh untuk menyokong syarikat tempatan dalam menyediakan teknologi pengkomputeran dan perkhidmatan awan yang terkemuka," katanya ketika berucap melancarkan Program Digital Heroes bersempena Sidang Kemuncak Alibaba Cloud Day di sini.

(Datuk Seri Dr. Adham Baba pada majlis pelancaran Program Digital Heroes
bersempena Sidang Kemuncak Alibaba Cloud Day)

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif Alibaba Cloud dalam mengukuhkan bakat digital baharu tempatan dan menyokong proses pendigitalan negara.

Ia dilaksana berdasarkan program amali Alibaba Cloud Academic Empowerment Programme (AAEP) yang merangkumi tiga bidang utama baharu iaitu 'MyDigital Talent in U Competition', 'Nationwide University Tour' dan 'Student Ambassador'.

Media Baharu