fb fb fb fb fb

Kerajaan komited tingkat taraf sosio ekonomi komuniti FELDA

FOTO PMO

KUALA LUMPUR, 12 Februari - Projek perumahan generasi baharu FELDA menjadi aspek penting bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti FELDA keseluruhannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu perumahan yang dihadapi bukan melibatkan soal tanah, tetapi pembiayaan.

Menurutnya, bajet perumahan bagi FELDA, rumah-rumah yang tidak terjual adalah disebabkan oleh masalah pembiayaan.

"Generasi kedua yang bekerja di FELDA tidak mampu dapat pembiayaan kerana tidak mempunyai slip gaji. Rumah dirancang tidak berjaya maka sebab itulah Kerajaan memperkenalkan konsep baru iaitu generasi boleh bina rumah sendiri di lot-lot yang ada, murah dan boleh dimiliki," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MBFM,KAF dan PERSADA di sini.

Tambahnya, kerajaan memahami perkara tersebut dan menerusi Bajet 2022 yang telah diumumkan, kerajaan telah memperkenalkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion bagi membantu generasi kedua FELDA yang tidak mempunyai slip gaji membuat pinjaman serta dijamin kerajaan.

"Bukan hanya tidak ada pendapatan tetap dan slip gaji boleh beli rumah. Dalam mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara kita telah beri arahan kepada Gabenor Bank Negara supaya buat peraturan mempermudahkan pinjaman perumahan kepada generasi kedua FELDA," katanya.

Media Baharu