KUALA LUMPUR, 18 Jun - Usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia, terus dilaksanakan secara berterusan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian negara kekal terpelihara.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Zulkifli Hashim berkata, pelbagai program diadakan untuk golongan belia yang dilihat wajar untuk diberi tumpuan.
Berdasarkan statistik semasa, golongan belia merangkumi hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara, yang akan mewarisi kempinan negara.
"Jabatan Perpaduan melaksanakan pelbagai program. Satu daripadanya kita nak golongan muda ini memperkukuhkan nilai-nilai bawah Rukun Negara, lima prinsip tu kita nak kalau boleh golongan muda mengahayati, mengamalkan kerana ia boleh jadi satu bekalan dalam kehidupan mereka.
"Antara program yang kita anjurkan kita panggil eksplorasi Rukun Negara. Semua boleh terlibat sama, samada di universiti, sekolah dan yang sudah bekerja. Kita juga ada Jelajah belia Rukun Negara dan sebagainya," katanya
kepada pemberita selepas Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.