fb fb fb fb fb

PM doakan kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang

Tangkap layar X Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran X.

Menurut anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Parlimen Marang itu berjaya menjalani prosedur rawatan di fasiliti berkenaan.

Bagaimanapun Dr Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri tidak memperincikan jenis prosedur yang dijalankan bapanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan bapanya.

Sebelum ini Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah menerima rawatan susulan di IJN dan kali terakhir beliau dilaporkan menjalani rawatan berkaitan ialah pada 5 Januari tahun lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI