fb fb fb fb fb

Kerajaan komited bangun AI beretika menerusi Pelan Tindakan AI 2026-2030

Menteri Digital Gobind Singh Deo kepada pemberita selepas menghadiri program Pertandingan AI Kebangsaan 2025 di Sunway University

KUALA LUMPUR, 19 Jun -Kerajaan bakal melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 2026-2030 dalam usaha memperkukuh ekosistem digital negara yang selamat dan beretika.

Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pelan berkenaan akan mengambil kira aspek etika dan tadbir urus AI yang telah mula dilaksana menerusi Garis Panduan Tadbir Urus Dan Etika AI (AIGE) yang diperkenalkan tahun lalu.

"AIGE adalah langkah awal penting yang memperkenalkan garis panduan berkaitan etika dalam penggunaan AI di negara kita. Kini, kita sedang merangka pelan hala tuju 2026–2030 dan aspek ini akan terus diperkuat dan dimasukkan dalam dasar baharu tersebut," katanya katanya selepas menghadiri program Pertandingan AI Kebangsaan 2025 di Sunway University, di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang meneliti aspek AI Governance secara menyeluruh dan berharap satu kerangka berkaitan keselamatan dan kawal selia AI dapat dilancarkan menjelang pertengahan tahun depan.

"Kita sedang lihat bagaimana AI boleh dilaksanakan dengan selamat, dan pada pertengahan tahun hadapan kita akan lancarkan sesuatu yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan dalam penggunaan teknologi ini," katanya lagi.

Pelan hala tuju itu dijangka menjadi dokumen penting dalam membimbing pertumbuhan dan penerapan AI di semua sektor strategik negara.

TETITIA YUSOFF