fb fb fb fb fb

Kerajaan kenal pasti negara baru eksport kayu - Fadillah

(Fadillah Yusof (kanan) dalam sesi dialog secara bersemuka bersama wakil syarikat
industri perabot di Pulau Pinang)

NIBONG TEBAL, 10 Jun- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang berusaha mengenal pasti negara-negara baru yang berpotensi untuk memasarkan produk perkayuan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPK, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia berikutan kekurangan permintaan eksport dari negara luar yang dipercayai menjadi antara cabaran yang dihadapi industri tersebut di Wilayah Utara Semenanjung terutamanya Pulau Pinang.

Selain itu, pihaknya turut memfokuskan untuk meningkatkan permintaan dalam negara.

"Tujuan bila kita turun ini adalah mendengar. Bila mendengar nanti kita akan bincang dan melihat apa permasalahan atau cabara yang dilalui mereka.

"Kita akan bawa serta berbincang di peringkat kementerian dan agensi pula untuk memastikan apa jua bentuk bantuan, bukan sahaja syarikat pengeluar boleh bertahan, tetapi bagaimana kita dapat tingkatkan perniagaan mereka," katanya kepada media selepas Program Trek Komoditi 2023 (Zon Utara Semenanjung) di Sungai Bakap, di sini.

Dalam program itu, sesi dialog secara bersemuka bersama wakil syarikat dalam industri perabot di Pulau Pinang turut diadakan sebagai usaha memperoleh maklum balas semasa terhadap isu berkaitan pemegang taruh industri kayu di wilayah tersebut.


(Fadillah Yusof)

Media Baharu