fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah Aidiladha bermula 16-28 Jun

(Foto fail)

BACHOK, 10 Jun- Jualan Rahmah sempena perayaan Aidiladha akan diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bermula 16 hingga 28 Jun.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, Jualan Rahmah itu mengunakan dua konsep iaitu jualan di dalam premis dan luar premis meliputi sebanyak 16 item barangan keperluan asas.

"Terdapat 640 DUN di seluruh negara dan kita akan buat (Jualan Rahmah), insya-Allah di setiap DUN.

"Saya mengalukan-alukan sekiranya ada orang ramai yang ingin memberitahu kepada kita, supaya kita sampai kepada mereka. Kita hendak Jualan Rahmah ini dinikmati oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pertama Program Jualan Rahmah Mobil di Malaysia dan program Jualan Rahmah peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini.

Ujar Fuziah, Jualan Rahmah Mobil pertama kali diadakan dan menerusi konsep itu pihaknya akan melantik pembekal serta membuat jualan secara bergerak di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya dan jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

(Fuziah Salleh)

Media Baharu