fb fb fb fb fb

Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025

FOTO FB Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kerajaan menjangka lebih banyak kemasukan pelaburan digital ke Malaysia pada 2025.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menonjolkan peranan sebagai destinasi pelaburan digital rantau ini.

"Terdapat perbincangan berterusan dengan banyak syarikat lain dan saya jangka ia akan mencapai kemajuan pada tahun depan.

'Kita akan melihat lebih banyak pelaburan yang memberi petanda baik untuk negara, kita memberi tumpuan untuk membina semula ekonomi, terdapat banyak potensi terutamanya apabila kita akan mempengerusikan ASEAN tahun depan dan Malaysia berada pada kedudukan yang sangat baik di rantau ini untuk menampilkan dirinya sebagai destinasi pelaburan," katanya.

Tambahnya, lebih banyak pengumuman pelaburan akan dibuat selepas beberapa siri pelaburan baharu dalam tempoh lapan bulan lalu.

Selain itu, beliau turut berharap untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan kesedaran mengenai kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Akademi AI Gamuda, di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE