fb fb fb fb fb

Kerajaan jamin kebajikan rakyat kekal terpelihara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Kebajikan rakyat akan terus terpelihara dan tidak terkesan secara langsung sekiranya berlaku perubahan mendadak terhadap bil elektrik akibat ketidakstabilan harga bahan api.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, jaminan itu diberikan bagi menyatakan keperihatinan kerajaan memastikan kebajikan rakyat kekal terpelihara.

"Penetapan nilai ambang memerlukan kelulusan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air sekiranya caj tenaga asas dan unjuran kos tenaga bagi bulan akan datang meningkat melebihi 10 peratus berbanding bulan semasa. Langkah ini merupakan usaha proaktif Kerajaan untuk terus melindungi pengguna elektrik," katanya pada sesi Dewan Rakyat.

Pada 11 Jun, Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).

Ia bertujuan menggantikan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang dengan pelarasan kos bahan api akan dilaksana setiap bulan berbanding enam bulan.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN