fb fb fb fb fb

IPK Negeri Sembilan anjur Karnival Kesihatan sempena Hari Polis Ke-218

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff/ BERNAMA

SEREMBAN, 23 Julai - Buat julung kalinya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menganjurkan Karnival Kesihatan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, karnival kesihatan tersebut mampu memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di samping meningkatkan kecergasan fizikal dan mental pegawai serta anggota ketika menjalankan tugasan harian.

"Tujuan mengadakan Karnival Kesihatan ini adalah untuk kesedaran pentingnya kesihatan dalam kalangan warga PDRM. Dianggarkan 800 hingga 900 pegawai dan anggota PDRM hadir pada pagi ini yang terdiri daripada semua daerah daerah dalam Kontinjen Negeri Sembilan iaitu sebanyak lapan daerah dan juga penglibatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP", katanya.

Beliau berkata demikian pada Karnival Kesihatan PDRM Peringkat IPK Negeri Sembilan di perkarangan IPK Negeri Sembilan.

Sebanyak 15 reruai kesihatan disediakan dalam karnival tersebut di samping penganjuran Jualan Rahmah di perkarangan IPK Negeri Sembilan.

ROSLINA BINTI DIN