fb fb fb fb fb

Kerajaan cari jalan penyelesaian terbaik berhubung projek perumahan PR1MA yang dikategorikan sakit - KPKT

ALOR GAJAH, 27 Januari - Kerajaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan 22 projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sakit.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia termasuk kaedah pembayaran serta pemilihan kontraktor.

Pihaknya bersama PR1MA juga sedang menamatkan mana-mana kontraktor yang gagal dan melantik kontraktor penyelamat sebagai usaha memastikan projek perumahan tersebut siap mengikut masa yang ditetapkan.

"Mana-mana projek yang gagal disiapkan oleh kontraktor, kita akan tamatkan dan akan cari kontraktor baharu sebagai penyelamat. Kalau boleh kita mahu cari yang berkaliber dan kalau boleh, dalam kalangan kontraktor tempatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Residensi PR1MA Pulau Sebang di sini.

Dalam pada itu, seramai 4,000 pembeli rumah PR1MA yang meminjam menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang terkesan akibat kelewatan pembinaan kini boleh mendapat pembayaran sehingga projek disiapkan.

 

Media Baharu