fb fb fb fb fb

Kerajaan beri keutamaan selesai isu bekalan air, paip usang di Sabah

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kerajaan memberi keutamaan untuk segera menggantikan paip usang bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

Perkara itu termasuk menyasarkan penurunan kadar air tidak terhasil (NRW) di negeri itu, namun penyelesaiannya perlu mendapat kerjasama tadbir urus bersama-sama kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ketika ini kadar NRW di Sabah agak tinggi iaitu hampir 50 peratus.

Kementerian juga sedang memohon penyelarasan semula bagi kos tambahan peruntukan sebanyak RM100 juta daripada Kementerian Ekonomi dan memastikan projek yang diluluskan dipantau secara berkala.

"Bidang kuasa air bawah bidang kuasa negeri,tanggungjawab persekutuan adalah membantu sebab itu keutamaan kita mengantikan paip yang mana kita berikan secara geran dan dilaksanakan secara bersama dengan kerajaan negeri Sabah dan diharapakan ini akan mengurangkan berlakunya NRW," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di sini.

Tambahnya, RM300 juta juga telah diluluskan jemaah menteri secara pinjaman pada September lepas untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Manakala, bagi penyelesaian jangka pendek isu berkenaan, empat projek baharu telah diluluskan bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dengan nilai RM200 juta.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI