fb fb fb fb fb

Johor adakan pertemuan dengan 40 syarikat pelabur terkemuka dunia

Foto facebook Datuk Onn Hafiz Ghazi

SHENZEN, 6 Mac- Kerajaan Johor mengadakan pertemuan dengan 40 syarikat pelabur berpotensi termasuklah syarikat-syarikat terkemuka dunia dalam perkhidmatan telekomunikasi, kimia elektronik, perisian global dan industri sinar-x. 

Ia bertujuan berkongsi perincian dan harapan para pelabur mengenai polisi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak turut dibincangkan bersama. 

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran facebook berkata, negeri itu yang kaya dengan pelbagai sumber diyakini mampu menyediakan ruang ekonomi berdaya maju kepada pelabur. 

"Pelbagai polisi dan inisiatif seperti JS-SEZ serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), telah memberi mesej jelas bahawa Johor sedia menerima pemain-pemain industri baru untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka di negeri ini.

"Semoga segala usaha ini akan memberi nilai tambah kepada limpahan ekonomi di negeri ini, sekali gus mendatangkan jutaan manfaat kepada seluruh Bangsa Johor dari pelbagai aspek kehidupan," kata hantaran itu.

Agenda penubuhan SEZ juga mampu menarik lebih ramai pelabur ke Johor dan mampu mencipta pakej pelaburan berimpak tinggi selain mencontohi Shenzhen sebagai sebuah hab pelaburan terkemuka dunia. 

Onn Hafiz sebelum itu mengetuai delegasi kerajaan Johor ke Shenzen China selama lima hari sehingga esok.  

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI