fb fb fb fb fb

Kerajaan berhati-hati perkembangan global bekalan makanan -PM

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan berbual
bersama Ismail Sabri pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan
bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sehubungan itu, Malaysia tidak terkecuali menerima kesan disebabkan rantaian bekalan global yang terjejas akibat fenomena ini sehingga menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat melebihi 30 peratus.

"Mutakhir ini, dunia sedang berdepan dengan pelbagaiancaman, antaranya ketidaktentuan global akibat ketegangan geopolitik dan perubahan iklim dunia.

"Kemelut yang berlaku ini telah memberi dampak kepada dunia dan Malaysia tidakterkecuali menerima tempiasnya.

''Krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan kini konflik Rusia-Ukraine telah mengakibatkan Malaysia, rantau Asia, juga rantau lain di dunia mendapat bahananya.

Menurutnya, menerusi tindakan jangka pendek, kerajaan mengumumkan untuk membatalkan permit kelulusan (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta dan menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.

"Selain itu memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya golongan B40 mulai 1 Julai ini, mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan dan mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.

 


(Ismail sabri berkata, tindakan jangka pendek, kerajaan mengumumkan untuk membatalkan permit kelulusan (AP)
barangan makanan dari luar negara serta merta dan menyekat pengeksportan ayam ke luar negara/FOTO HIASAN)

Perdana Menteri berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, di sini pada Isnin.

Istiadat berkenaan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri berkata, lima langkah jangka pendek itu merupakan pendekatan kerajaan dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, selain pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.

Media Baharu