fb fb fb fb fb

Malaysia lantang bawa suara keamanan sejagat -PM

(Ismail Sabri berucap sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Malaysia akan terus menyuarakan pendirian dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, Malaysia akan terus menyuarakan pendirian dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara serta membawa suara keamanan sejagat di arena antarabangsa.

"Beberapa siri lawatan baru-baru ini jelas membuktikan jalinan kerjasama yang baik serta hubungan diplomatik yang kukuh di antara Malaysia dengan negara-negara luar.

“Kerajaan Tuanku juga akan terus bekerja dalam semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sebagaiKeluarga Malaysia yang merentasi fahaman politik dan ideologi
demi kesejahteraan semua,” katanya.

Katanya, segala cabaran akan terus didepani bersama secara kolektif, dengan mencari titik persamaan dan mengenepikan perbezaan.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada
Barisan Kawalan Kehormatan Utama ketika berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,
Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara, pada Isnin.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah/FOTO BERNAMA)

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga sentiasa menambah baik program agenda perlindungan sosial bagi memastikan setiap rakyat tidak tercicir dalam arus pembangunan negara.

Katanyam, kerajaan telah melaksanakan fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia pada bulan lepas, melibatkan 80 lokaliti bandar, luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

“Kehidupan rakyat miskin dan berpendapatan rendah terus dibela, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa,” katanya ketika berucap sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini, hari ini.

Media Baharu