fb fb fb fb fb

Kerajaan benarkan NAFAS import ayam sebagai simpanan stok

AYER KEROH, 16 Julai- Kerajaan memberi kelulusan dan insentif kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengimport ayam dari luar negara bagi mewujudkan simpanan stok dalam usaha menampung keperluan pengguna.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata selain itu, beberapa koperasi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut diberi kebenaran untuk mengimport ayam dari loji negara yang telah dilesen dan disahkan oleh kerajaan Malaysia.

“Kerajaan telah memberikan satu kelulusan dan insentif kepada NAFAS dan juga koperasi melalui LPP untuk import ayam sebagai kita punya simpanan stok. Bila tiada ayam, mekanisme ini akan bekerja untuk penuhi permintaan. Insya-Allah tidak ada kekurangan ayam," kata Ahmad Hamzah ketika ditemui pemberita RTM pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Peringkat Negeri Melaka 2022 yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata demikian ketika
ditemui media pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Peringkat Negeri Melaka 2022)

Tambah Datuk Seri Ahmad, antara loji ayam yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam ialah dari negara Thailand, China, Brazil dan Belanda.

Media Baharu