fb fb fb fb fb

Banjir: Petani, penternak terjejas akan dibantu

(Foto BERNAMA)

PORT DICKSON, 8 Mac- Kerajaan sedang menilai dan mengenal pasti kerosakan serta jumlah kerugian dialami petani dan peternak di Johor akibat banjir.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata ia bagi memastikan mereka yang terjejas menerima bantuan sewajarnya selepas proses penilaian dilakukan.

"Sekarang ini melalui pelbagai agensi kita akan mendapatkan bancian yang betul untuk menentukan jumlah pampasan yang boleh ditawarkan kepada mereka yang terjejas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian Dan Makanan (NAFEC) 2023 di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus melaporkan situasi banjir di Johor, Melaka dan Pahang semakin pulih dan akan memasuki fasa pasca banjir dalam masa terdekat.

Lebih 43,000 penduduk terjejas banjir di negeri berkenaan masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas iaitu melebihi 27,800 penduduk terjejas banjir.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu