fb fb fb fb fb

Guna teknologi moden, usaha remajakan sektor pertanian

PORT DICKSON, 8 Mac- Penggunaan teknologi moden yang komited dalam bidang pertanian mampu meningkatkan hasil tuaian selain menarik minat golongan muda menceburi bidang itu.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin, bidang kejuruteraan pertanian mampu mengubah persepsi golongan muda yang tidak berminat menggunakan kaedah pertanian lama.

Negara kini sudah mempunyai teknologi dalam bidang pertanian, namun berhadapan cabaran untuk memastikan adaptasi teknologi tersebut dalamkalangan pemain industri.

"Salah satu hala tuju kita pada tahun ini adalah kita akan tekankan isu meremajakan sektor pertanian. Ia kerana kita sekarang ini mengalami cabaran dimana pesawah dan petani terdiri daripada golongan berusia.

Maka, usaha untuk kita meremajakan industri ini amat penting, dengan penggunaan dan adaptasi teknologi moden menjadi satu tarikan dan perhatian anak muda untuk menceburi bidang pertanian," kata Foong Hin kepada pemberita dalam sidang media Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2023, di sini.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin menerima taklimat
daripada peserta konvensyen hari ini)

Penganjuran program itu adalah selaras dengan teras utama Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang menekankan kepentinganpenerapan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) melalui pemodenan danpertanian pintar bagi meningkatkan produktiviti hasil pertanian negara.

Media Baharu