fb fb fb fb fb

Keputusan SPMU 2025 diumum esok - KPM

Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Ogos - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan bermula 21 hingga 27 Ogos, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my atau menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan menghantarnya ke 15888.

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025,” menurut kenyataan itu.

Seramai 10,049 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPMU tahun ini di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN