KUCHING, 16 Disember - Rundingan membabitkan perjanjian komersial antara Petroleum Sarawak Berhad,PETROS dan Petroliam Nasional Berhad, PETRONAS dijangka akan dimuktamadkan tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pertukaran surat kedua -dua pihak menunjukkan kecenderungan ke arah persetujuan, namun satu keputusan muktamad masih perlu dicapai oleh semua pihak terlibat.
"Tapi kalau ada pertukaran surat yang maksudnya leaning towards. Maknanya dah ada lah. Perundingan is ongoing," katanya selepas menjadi panelis Forum Persidangan Bajet Sarawka 2026 di Kuching hari ini.
Adalah penting untuk mencapai persetujuan bersama bagi mengelakkan keperluan membawa perkara itu ke mahkamah, sekali gus memastikan kerjasama dapat diteruskan secara harmoni.
Beliau berkata, rundingan berkenaan sedang diperhalusi dan satu tarikh akhir perlu ditetapkan bagi memuktamadkan perjanjian tersebut supaya proses tidak berlarutan.