fb fb fb fb fb

Keputusan pencarian MH370 bakal dimuktamad - Anwar

Foto BERNAMA

HAMBURG, 16 Mac- Keputusan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 dijangka dapat dimuktamad dalam masa beberapa minggu lagi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia selepas cadangan melaksanakan pencarian semula yang dikemuka syarikat Ocean Infinity, selesai diteliti.

"Saya mahu meyakinkan mereka bahawa kita sedang melakukan segala yang mungkin walaupun ia akhirnya menelan belanja dana yang besar," katanya kepada pemberita menerusi sidang media di sini.

Sebelum ini, Anwar menyatakan kesediaan Malaysia untuk membuka semula siasatan kehilangan pesawat berkenaan jika terdapat bukti baharu dan kukuh.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM