fb fb fb fb fb

Keputusan naikkan elaun pembantu Tabika Kemas diketahui hujung tahun ini

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya telah mengemukan permohonan tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF).

"Kemas itu, kita tengah berunding KSU dengan JPA dan juga Kementerian Kewangan, insya-Allah tahun ini.

"Dia ada macam-macam dalam itu, dia ada beberapa kategori, ada yang dia bentuk elaun bukan gaji, dan kita minta ada bentuk persaraan yang dulu kontrak lepas itu jadi tetap, adalah dua tiga benda dalam Kemas yang nak diangkat oleh kerajaan," katanya.


(Datuk Seri Mahdzir Khalid)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2021, di sini hari ini.

Cadangan menaikkan elaun itu berikutan bebanan tugas yang semakin meningkat dan tidak setimpal dengan gaji diterima iaitu RM500 sebulan.

Media Baharu