fb fb fb fb fb

Keputusan kes berkait pertuduhan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual pagi ini



KUALA LUMPUR, 24 Januari - Mahkamah Tinggi di ibu negara dijadual membuat keputusan kes berkait pertuduhan terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini.

Ia sama ada beliau akan dibebaskan atau diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusannya dipenghujung kes pendakwaan pada pukul 9.30 pagi.

Ia seperti mana yang diputuskan beliau pada 6 Disember tahun lepas apabila menetapkan hari ini sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kesnya bermula pada 18 November 2019. - BERNAMA

 

Media Baharu