fb fb fb fb fb

MAQIS rampas 9,000 kilogram ikan selar sejuk beku bernilai RM9,000

PADANG BESAR, 24 Januari - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di sini merampas 9,000 kilogram ikan selar sejuk beku bernilai RM9,000.

Pengarah MAQIS Negeri Perlis, Roslan Che At berkata rampasan itu dibuat selepas pihaknya menahan sebuah lori sejuk beku di Unit Pemeriksaan Kargo MAQIS, Kompleks LKIM Padang Besar kira-kira pukul 11 pagi, Jumaaat lalu.

Dagangan tersebut ditahan setelah gagal mengemukakan Permit Import MAQIS.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta sama.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pihak MAQIS dimaklumkan ikan selar sejuk beku berkenaan mendapat permintaan tinggi di negara ini terutama di sekitar Selangor.

Media Baharu