fb fb fb fb fb

Keputusan BNM kekalkan OPR, bantu usahawan PKS

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menilai kesihatan kewangan mereka dan membina rizab tunai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail berkata bank itu komited untuk memenuhi keperluan kewangan usahawan PKS.

"Potensi untuk menghapuskan subsidi bahan api secara menyeluruh dilihat sebagai risiko peningkatan utama bagi tekanan inflasi bergantung kepada garis masa pelaksanaan dan mekanisme pelancarannya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, adalah penting bagi PKS untuk proaktif dalam menghadapi perubahan keadaan pasaran bagi memastikan aliran tunai yang sihat.

Sementara itu, Ketua Ekonomi SME Bank, Lynette Lee berpendapat, BNM dijangka mengekalkan OPR pada 2.75 peratus dengan jangkaan inflasi teras dan utama akan terus berkurangan pada 2023.

Inflasi teras Disember 2022 berada pada 4.1 peratus manakala inflasi utama telah merosot kepada 3.8 peratus daripada paras tertinggi 4.7 peratus pada Ogos.

Kesan mendadak daripada pembukaan semula sempadan China, perkembangan harga komoditi global dan perubahan dalam dasar subsidi domestik mungkin memberi tekanan kepada inflasi.

 
(Foto Fail)

Media Baharu