fb fb fb fb fb

Keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR akan dimaklumkan - Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

RANTAU PANJANG, 4 Mei- Keputusan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding atau sebaliknya bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dimaklumkan pada masa sesuai.   
 
Bekas Setiausaha Agung PKR itu berkata, sehingga kini beliau masih mempunyai masa selepas tarikh akhir Pencalonan Pemilihan PKR 2025 dilanjutkan kepada 8 Mei.

"Saya harus lakukan beberapa proses pertemuan dan perbincangan, jadi yang itu saya telah lakukan. Saya boleh katakan bahawa semua proses itu telah dilakukan.

"Sepatutnya proses (Pencalonan Pemilihan PKR 2025) itu hari ini tetapi oleh kerana masih berbaki lagi empat hari, maka saya akan membuat pengumuman dalam tempoh yang munasabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang di sini.
 
Semalam media melaporkan Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Pusat ditangguhkan pada 8 hingga 9 Mei.
 
Menurut notis pemakluman penangguhan pemilihan yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, pencalonan akan bermula pada 12.00 tengah hari 8 Mei hingga 11.59 malam, pada 9 Mei.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI