fb fb fb fb fb

Anwar, Prabowo sepakat perkukuh hubungan dua hala Malaysia–Indonesia

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi memperkukuh hubungan dua hala merangkumi pelbagai bidang kerjasama.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar memaklumkan perbincangan yang berlangsung menerusi panggilan telefon itu turut menyentuh kepentingan memperkukuh hubungan sedia ada demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

“Saya dan Presiden Prabowo percaya hubungan erat Malaysia dan Indonesia ini dapat memberi manfaat buat rakyat keseluruhannya. Kami juga menyentuh soal persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini,” katanya.

Menerusi perbincangan itu, Presiden Prabowo turut menjemput Datuk Seri Anwar untuk mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta dalam masa terdekat.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN