fb fb fb fb fb

Kepala budak perempuan tersepit besi penghadang taska

Bomba berusaha mengeluarkan kepala kanak-kanak perempuan yang tersepit pada besi penghadang di sebuah taska

NIBONG TEBAL, 3 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit di celahan besi penghadang di sebuah taska di Taman Jawi Indah, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.27 pagi.

Tujuh anggota dan penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi.

Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh singkat tanpa menggunakan sebarang peralatan.

Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan pada pukul 8.49 pagi.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN