fb fb fb fb fb

Kenyataan tular PM setuju pemuda PAS tunjuk perasaan di Kedutaan Sweden adalah palsu - JPM

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan laporan sebuah portal berita yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan demonstrasi yang akan dilakukan Pemuda PAS di Kedutaan Sweden esok.

JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi laporan berita bertajuk “PM Anwar setuju demo Pemuda PAS di Kedutaan Sweeden esok lepas solat Jumaat” itu adalah palsu. 


(Hantaran telah dikeluarkan dalam portal berkenaan)

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu. 

Semakan mendapati laporan itu telah dikeluarkan daripada hantaran portal berkenaan.  

Orang ramai diminta tidak perlu kongsi info yang belum pasti, serta boleh rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih melalui pautan berikut:
✅ Facebook:
https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/

✅ Twitter:
https://twitter.com/jpmgov_

✅ Instagram:
https://www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/

✅ TikTok:
https://www.tiktok.com/@jpmgov

 

Media Baharu