fb fb fb fb fb

JBPM terus pantau ramalan cuaca dan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga

(Ketua Pengarah, JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM akan terus memantau ramalan cuaca di seluruh negara ekoran beberapa negeri kini terjejas akibat bencana banjir.

Justeru itu, masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan banjir di luar jangka.


(Majlis persaraan, Pengarah JBPM negeri Terengganu Md Hilman Abd Rashid)

Menurut Ketua Pengarah, JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, pihaknya akan mengikuti laporan cuaca dari semasa ke semasa untuk melihat keadaan hujan dan paras air bagi tujuan pemantauan dan rondaan.

Bagi tujuan itu juga, semua anggotanya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Mengenai banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Pahang dan Johor yang masih menunjukkan trends menaik, kesiapsiagaan logistik masih lagi terkawal dan dilaksanakan oleh anggota disetiap negeri berkenaan.

"Sudah tentu, musim cuti sekarang ini dalam tempoh percatuan cuti semasa kesiapsiagaan musim perayaan Tahun Baru Cina, anggota kita sentiasa mencukupi diperingkat negeri berkenaan, sekiranya perlu ada bantuan, kita akan minta daripada negeri berdekatan dan sokongan pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti," katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas menyaksikan persaraan Pengarah JBPM negeri Terengganu Md Hilman Abd Rashid yang mengetib kad perakam waktu buat kali terakhir di pejabatnya di Kuala Terengganu.

Media Baharu