fb fb fb fb fb

Pelarasan elaun JPKK, JPKKP, perkasa gerak kerja jawatankuasa - Zahid

PUTRAJAYA, 26 Januari - Elaun Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) sedang dipertimbang untuk diselaraskan.

Bagaimanapun pelarasannya akan diperhalusi sewajarnya, mengambil kira situasi ekonomi negara ketika ini.


(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara
Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayh (KKDW) dan
Exco Exco Luar Bandar di Dewan Sri Lestari (KKDW) hari ini)

Jelas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, langkah itu bertujuan menggerak dan memperkasa fungsi kedua-dua jawatankuasa berkenaan.

Sekali gus menjadi medium perantara yang efektif antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

"Kementerian memberikan elaun purata RM500 tetapi ada negeri menambahkan elaun. Saya fikir negeri itu ada alasan tersendiri untuk memberikan elaun tambahan. Mungkin kerana prestasi kewangan dan tahap kutipan cukai dan keberhasilan yang diperolehi negeri itu lebih baik dari negeri lain. Saya bersimpati dengan negeri yang mempunyai pendapatan hasil negeri yang rendah. Jadi kita merasakan pelarasan ini elok kita lakukan supaya keberkesanan dua jawatan ini dapat dilakukan dengan terbaik,"katanya.

Beliau menjelaskan ketika ini, elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB)

Media Baharu