fb fb fb fb fb

Kenderaan masuk Kelantan dijangka bertambah sehingga 15%

PASIR PUTEH, 20 Januari- Kenderaan masuk ke Kelantan dijangka bertambah sehingga 15 peratus pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina 2023.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pertambahan kenderaan itu juga menyebabkan lebih 50 lokasi kawasan khas yang dikenal pasti akan menjadi sesak.

Katanya, seramai 334 anggotanya bertugas sempena perayaan ini untuk memastikan kelancaran trafik.

"Polis bertugas akan ditempatkan di kawasan-kawasan khas. Mereka akan turut membuat pemeriksaan berkaitan lesen memandu selain memberi perhatian kepada kes-kes warga asing yang membawa kenderaan tanpa lesen," katanya kepada pemberita di sini.

Muhamad Zaki berkata, Op Selamat Tahun Baharu Cina pada tahun lalu mencatat 363 kemalangan iaitu menurun sebanyak 152 kes atau 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, komitmen juga diperoleh daripada semua jabatan yang berperanan menyampaikan mesej kempen keselamatan jalan raya seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta majlis perbandaran.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu