fb fb fb fb fb

JPJ Negeri Sembilan guna dron pantau kesalahan jalan raya

SEREMBAN, 20 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan menggunakan dua unit dron sepanjang dua minggu Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2023.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dron tersebut digunakan untuk memantau bagi kesalahan melanggar lampu merah, memotong garisan serta menggunakan lorong kecemasan.

"JPJ Negeri Sembilan telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa penerbangan Malaysia berkenaan dron untuk digunakan untuk tujuan pemantauan peraturan jalan raya. Selain itu JPJ menjalankan Op Pra TBC daripada 14 hingga 17 Januari lepas yang melibatkan pemeriksaan bas bagi depo dan terminal bas utama bagi tujuan memastikan pengguna bas dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media Op TBC 2023 di Plaza Tol Setul, Lebuhraya Kajang- Seremban (LEKAS).

Tambahnya, berdasarkan penggunaan dron pada Op Hari Raya Aidilfitri lalu, sebanyak 30 kes dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kesalahan memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.

Dalam pada itu, seramai 218 anggota penguat kuasa JPJ Negeri Sembilan terbabit dalam Op TBC 2023 dan cuti mereka dibekukan sepanjang tempoh itu.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu