fb fb fb fb fb

Kenaikan had pembiayaan Skim Pembiayaan Kontrak-i, berupaya pacu kemakmuran ekosistem ekonomi PKS

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Langkah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menaikkan had pembiayaan maksimum bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i berupaya memacu kemakmuran ekosistem ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Naib Presiden Institut Akauntan Malaysia, Mohd Faisal Abdul Malik berkata menerusinya, peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan, selain menyuburkan persaingan dalam pasaran dan meningkatkan inovasi PKS.

Manfaat seterusnya, ialah menambahbaik kedudukan negara dalam Laporan Daya Saing Global yang diterbitkan Forum Ekonomi Dunia (WEF).

"Laporan daya saing tahunan ini sumber rujukan penitng yang dapat memberi faedah kepada kawal selia dalam nilai dan tanda aras kejayaan negaar selain untuk menambah baik kualiti dasar dan peraturan untuk meningkatkan daya siang negara, salah satu penyumbang kepada indikator skor subsektor perniagaan PKS atau kewangan SME, katanya.

Had pembiayaan maksimum bagi skim berkenaan dinaikkan sehingga RM200,000.00 bulan ini.

Ia menawarkan akses pembiayaan segera kepada usahawan yang mendapat kontrak kerja atau pembekalan yang diperoleh secara terus daripada Kerajaan Persekutuan atau negeri, agensi kerajaan dan GLC.


(Naib Presiden Institut Akauntan Malaysia,
Mohd Faisal Abdul Malik)

Media Baharu