fb fb fb fb fb

Dasar Tahfiz Negara 2.0 dilancar 11 Mac ini - Zahid

(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Personaliti Al-Quran
kepada Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia Datuk Dr Norhafizah Musa)

PUTRAJAYA, 31 Januari - Kerajaan Perpaduan akan melancarkan Dasar Tahfiz Negara 2.0 pada 11 Mac depan.

Ini bakal melibatkan 23,000 penghafal al-Quran yang terdiri dalam kalangan ahli profesional.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dasar berkenaan merupakan rentetan perlaksanaan dasar terdahulu bagi mengekalkan kebolehan menghafal.

 
(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

Sekali gus dan menjadi masyarakat al-Quran setanding negara Islam lain.

"Ketika ini DPTN 1.0 sedang dikaji supaya wujud penyelarasan dari segi kaedah pengajaran dalam institusi tahfiz agar mereka yang keluar daripada institusi tahfiz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sahaja sebaliknya kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional kepada penghafaz al-Quran agar dapat menyumbang kepada negara selain mengangkat martabat golongan terbabit," katanya selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Personaliti Quran di sini.

Tambahnya, dasar berkenaan akan dikoordinasikan dengan pihak kerajaan Negeri bagi menjayakan semula hasrat berkenaan. Pada majlis itu Ahmad Zahid menyampaikan Anugerah Personaliti Al-Quran kepada sembilan penerima dari dalam dan luar negara, antaranya bekas ketua umum Maqari’ Mesir Syaikh Dr Ahmad Eisaa al-Ma’sarawi, Menteri Kanan (Hal Ehwal Agama Islam) Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan, dan Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia Datuk Dr Norhafizah Musa.

Pada majlis itu juga sebanyak RM308,000 disumbangkan 14 individu dan syarikat korporat bagi menjayakan program wakaf al-Quran.

Media Baharu