fb fb fb fb fb

KEMUDI lancar tabung bencana banjir 'Pray4Press'

(Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melancarkan tabung kebajikan bencana 'Pray4Press'
bagi membantu ahli-ahli kelab yang terjejas akibat bencana banjir/ Foto FB KEMUDI)

KOTA BHARU, 28 Disember - Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) hari ini melancarkan tabung kebajikan bencana 'Pray4Press' bagi membantu ahli-ahli kelab yang terjejas akibat bencana banjir negeri itu.

Presidennya, Majidah Ismail, berkata dana yang dikumpul itu dapat meringankan beban pengamal media terlibat dengan musibah bencana seperti kerosakan harta benda.

"Penubuhan tabung ini antara lain untuk menggalakkan sumbangan daripada pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta, badan sukarela serta individu di atas prinsip kebajikan yang menjadi tanggungjawab semua anggota masyarakat,” katanya.


(Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melancarkan tabung kebajikan bencana 'Pray4Press'
bagi membantu ahli-ahli kelab yang terjejas akibat bencana banjir/ Foto FB KEMUDI)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada 23 ahli KEMUDI yang terjejas akibat banjir daripada Pasaraya Econsave Cawangan Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Majidah berkata dana terkumpul akan diagihkan segera kepada ahli yang terjejas dan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh disalurkan menerusi KEMUDI melalui Bank RHB, nombor akaun 25301600016474.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam, berkata sumbangan yang diberikan seperti makanan keperluan asas sebagai penghargaan kepada pengamal media di Kelantan yang bertugas sepanjang musim banjir walaupun kediaman mereka terjejas akibat musibah itu. -BERNAMA

Media Baharu