fb fb fb fb fb

JPJ Kedah laksanakan Ops Bersepadu bersama agensi penguatkuasa

(Sebanyak 46 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh JPJ negeri Kedah terhadap
34 dari 535 kenderaan yang diperiksa)

BUKIT KAYU HITAM, 28 Disember - Sebuah kenderaan jenis 'Window Van' telah disita dalam operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa yang dijalankan di Kompleks ICQS, di sini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kedah baru-baru ini kerana disyaki menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian bagi tujuan perkhidmatan awam.

Manakala saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Ops Bersepadu JPJ negeri Kedah yang bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang pada 26 Disember lalu disertai oleh pelbagai agensi penguatkuasa negeri Kedah, antaranya termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


(Sebanyak 46 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh JPJ negeri Kedah terhadap
34 dari 535 kenderaan yang diperiksa)

Sebanyak 46 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh JPJ negeri Kedah terhadap 34 dari 535 kenderaan yang diperiksa.

Dalam operasi ini juga pihak PDRM telah mengeluarkan 10 notis saman, manakala AADK turut berjaya mengesan dua orang pemandu yang disyaki positif bahan terlarang hasil saingan awal ujian air kencing.

Operasi sedemikian akan dijalankan secara berkala di samping untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Media Baharu