fb fb fb fb fb

Kempen Tabung Pahlawan sasar kutipan lebih RM3 juta

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan

SERI KEMBANGAN, 22 Jun- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan kutipan dana melebihi RM3 juta untuk membantu keperluan harian veteran dan keluarga dalam Kempen Tabung Pahlawan (KTP).

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, jabatan itu bagi pihak Kemeterian Pertahanan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan menyertai kempen tersebut sebagai gerakan nasional berterusan demi membela kebajikan perwira negara.

"31 Julai telah diisytiharkan sebagai Hari Pahlawan dan kempen tabung pahlawan ini adalah salah satu program yang dianjurkan untuk menyemarakkan sambutan Hari Pahlawan tersebut.

"Justeru, saya berpendapat bahawa pertandingan golf ini membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar mengutip sumbangan kewangan semata-mata," katanya.

Ucapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin disampaikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan di sini.

Bagi merialisasikan KTP bersempena dengan Hari Pahlawan pada 31 Julai depan, JHEV ATM telah menganjurkan Pertandingan Golf Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025.

Sambutan tersebut terdiri pelbagai sektor korporat, profesional dan amatur, penjawat awam, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat dan pertandingan itu berjaya mengutip lebih RM110,000 ke tabung KPT.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI