fb fb fb fb fb

Kempen Antibuli dilancar di 1,196 sekolah seluruh Johor

Perasmian Kempen Antibuli Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengerang Utama, Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 25 Ogos – Kempen Antibuli dilancarkan secara serentak di 1,196 sekolah seluruh Johor pagi tadi, sebagai usaha membanteras gejala itu dalam kalangan pelajar.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, kempen tersebut melibatkan pemimpin negeri, pegawai kerajaan serta Polis Diraja Malaysia dengan memberi penekanan terhadap kesan negatif perbuatan buli.

Menurutnya, kempen turut diperluaskan ke Sekolah Agama Islam dengan kerjasama pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bukan sahaja di peringkat portfolio saya, sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan, sekolah agama pun dah digerakkan kempen antibuli, termasuk kerjasama daripada PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Antibuli Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengerang Utama, Kota Tinggi.

Aznan menegaskan, Jawatankuasa Khas Antibuli Negeri Johor akan terus dikekalkan bagi memastikan usaha membanteras gejala tersebut dapat diteruskan secara berkesan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE