SINTOK, 25 Ogos β Gejala buli tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya amat besar, bukan sahaja kepada mangsa, malah turut menjejaskan reputasi institusi pendidikan serta masyarakat secara keseluruhan.
Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, menegaskan sekolah, kolej dan universiti tidak boleh berdiam diri terhadap isu tersebut.
Beliau berkata, terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam membendung gejala buli iaitu,
1. Pencegahan melalui kempen kesedaran dan penanaman nilai hormat dalam kalangan pelajar.
2. Pemantauan berterusan dengan menyediakan saluran aduan yang telus serta jaminan perlindungan kepada mangsa.
3. Pemulihan melalui kaunseling bukan sahaja kepada mangsa, tetapi juga kepada pelaku, kerana kebanyakan daripada mereka datang daripada latar belakang yang bermasalah.
βIsu buli bukan hanya terletak di bahu institusi pendidikan, sebaliknya turut melibatkan ibu bapa, masyarakat, media dan rakan sebaya,β katanya.
Profesor Madya Dr Henderik turut menekankan peranan alumni sebagai contoh teladan kepada pelajar baharu. Alumni yang berjaya, jelasnya, perlu membuktikan bahawa kejayaan sebenar dicapai melalui disiplin dan ilmu, bukan melalui budaya menindas.