fb fb fb fb fb

Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pertahanan bakal rangka modul PLKN 3.0

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang /Foto RTM

SHAH ALAM, 17 Mei - Modul kenegaraan dan jati diri untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dirangka dengan kerjasama diantara Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pertahanan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata usaha itu merupakan inisiatif kementerian bagi menekankan dan memberi fokus kepada agenda pengukuhan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

Menurutnya intipati mengenai modul itu masih dalam perbincangan.

"Masih dalam perbincangan. Kita akan sumbang sedikit sahaja darpada segi perpaduan", katanya selepas merasmikan penutupan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan 2024 di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Aaron berkata sebanyak 189 Sekretariat Rukun Negara (SRN) telah didaftarkan di kampus institut pendidikan tinggi (IPT) awam di seluruh negara.

"Dalam usaha untuk menyemarakkan perlaksanaan aktiviti SRN, mulai tahun ini kementerian telah memberikan peruntukan sebanyak RM3000 kepada semua SRN untuk melaksanakan eksplorasi rukun negara di peringkat IPT", katanya.

Justeru, beliau turut menyeru semua IPTS dalam negara untuk turut bersama-sama menubuhkan SRN sebagai platform integrasi nasional di peringkat IPT masing-masing.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD