fb fb fb fb fb

Kementerian Pengangkutan terima maklum balas harga tambang daripada pengguna

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 22 April - Kementerian Pengangkutan menerima baik semua maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam terutamanya dari aspek harga tambang.

Jelas Menterinya, Anthony Loke, pihak kementerian akan terus melakukan penambahbaikan dalam memastikan orang ramai selesa dan yakin dengan penggunaan pengangkutan awam tersebut.

"Ada yang dapat balik dengan kadar yang murah, ada yang tak dapat balik sebab tambang yang mahal, juga ada kekangan kapasiti, ada yang tak dapat tiket pada waktu-waktu terakhir, jadi ini adalah biasa, maklum balas ada, tapi maklum balas, kita akan ambil semangat positif untuk tambah baik,"


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ditemu bual Berita RTM selepas menghadiri Majlis
Santapan Aidilfitri di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini)

Beliau menjelaskannya kepada Berita RTM selepas menghadiri Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara, di sini hari ini.

Tambah Loke lagi, isu berkenaan harga tambang akan timbul setiap kali musim perayaan dan Kementerian Pengangkutan sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya bersama pihak berkaitan.

Media Baharu