fb fb fb fb fb

Kementerian Kewangan lanjut tempoh maklum balas Belanjawan 2024

KUALA LUMPUR, 15 September- Kementerian Kewangan memutuskan untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklum balas berkaitan Belanjawan 2024, sehingga 22 September ini.

Perkara itu susulan sambutan menggalakkan berkenaan maklum balas boleh dikemukakan menerusi portal cadangan belanjawan 2024 kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, "lebih 9,500 maklum balas orang ramai telah diterima melalui portal cadangan Belanjawan 2024."

Cadangan itu meliputi bidang-bidang kelestarian ekonomi seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola dan pendigitalan.

Penambahbaikan tadbir urus fiskal serta langkah-langkah untuk memajukan industri sedia ada seperti industri kreatif dan pelancongan turut dikemukakan.

(Tangkap layar Laman Web Khas Belanjawan 2024)

Media Baharu