fb fb fb fb fb

Kementerian Digital gerakkan usaha galak semua pihak lebih terbuka terima AI

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Meskipun teknologi baharu sering dibincangkan, usaha yang lebih fokus diperlukan untuk memastikan ia benar-benar diterima dan dilaksanakan dengan berkesan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menegaskan, tindakan proaktif perlu diambil untuk menggalakkan masyarakat dan sektor industri agar lebih terbuka dalam mengadaptasi dan mengimplementasikan teknologi tersebut.

Gobind berkata, Kementerian Digital sedang menggerakkan pihak industri untuk terlibat dalam inisiatif-inisiatif sebegini.

Beliau menekankan, inisiatif perlu diambil bukan hanya oleh kerajaan, tetapi juga oleh industri, untuk mengambil langkah ke arah pendigitalan.

Katanya, hanya dengan cara itu kemajuan sebenar akan tercapai.

"Saya rasa kita perlu mula berfikir lebih jauh. Kita bercakap tentang bakat dan saya setuju. Itu memang perkara yang penting. Tetapi sebenarnya kita perlu mula berbincang tentang bagaimana kita boleh memastikan setiap individu mengambil langkah tersebut, menerima, memahami, dan kemudian terinspirasi oleh apa yang teknologi boleh lakukan.

"Kemudian, mengembangkan dan menyebarkannya di kalangan masyarakat di sekeliling kita dan seterusnya kerana itu satu-satunya cara untuk kita melihat perubahan sebenar berlaku serta bergerak maju. Kita perlu benar-benar merasakan impak teknologi," katanya.

Gobind mengulas perkara itu dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak AI & Cloud Microsoft di ibu negra.

Inisiatif 'AI untuk Masa Depan Malaysia' oleh syarikat teknologi itu bertujuan untuk melengkapkan 800,000 rakyat Malaysia dengan kemahiran AI menjelang akhir 2025.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE